Sunday, March 15, 2015

Dengan Lafaz Bismillah

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah saya mulakan post pertama blog ini, dengan harapan usaha kecil ini dapat memberi manfaat yang besar buat sejarah Malaysia amnya dan generasi terkini Kg Ganda Temengor khasnya, apabila satu hari nanti, buku sejarah Kg Temengor & Kg Ganda dapat diterbitkan. Semoga berjaya Insya Allah. Sy juga bercita2 menerbitkan glosari istilah bahasa kg temengor. Angan2 untuk mengumpulkan bahan maklumat tersurat dan tersirat tentang kampung kami yang tercinta, telah lama tersemat di hati saya, namun perancangan teliti belum dapat dibuat dek kekangan masa dan tenaga. Lagi ditangguh, lagi rasa terhutang. Akhirnya sy menyuarakan hasrat kepada kawan pensyarah sy, En Nazir Ahmad yang mengajar subjek "Oral History" / Sejarah Lisan, dan beliau benawarkan untuk memberi tugasan projek oral history tersebut kepada beberapa org pelajarnya. Sy sungguh bersyukur. Lalu malam ini, sy mula kumpulkan maklumat melalui post facebook group tertutup - Anak Jati Air Ganda, dengan meminta ahli group menamakan cadangan nama orang lama di kg Ganda yang boleh bercerita tentang sejarah Temengor. Alhamdulillah, sambutan begitu menggalakkan- reply post dari Kandar pak Itam, Cikgu Yana, jai Mat Rani, Nazer Ayub Al-Haj (sapa org sebenarnya pun sy x pasti..hehe)mencadangkan nama2 berikut sebagai cadangan awal: 1. Tok Ketua Kampung (A Ropi), 2. Paklong Cheng, 3, Paklong Bada, 4. Cikgu Basri, 5. Pokcik Said 6. Pak Itam Yabit, 7. Paklong Jenal/ Maklang Munah 8. Abg Kob (Wan Mohd A Yaakob)9. Pak Long pak Makkir 10. Paksu Alias.. ramai dah ni pun... kalu dapat sorang atau dua dari setiap kg di Temengor ok dah - Nama2 Kg pun sy dah tak berapa ingat, yg masih ingat skrg - Kg Bukit, Kg Mekong, Kg Teras... Ditakdirkan, dalam sy sebok merancang@ berangan baru2 ni, kali terakhir balik Kg, akak saya, Wan Rokiah, memberitahu hasrat Ketua Kg, Abg Ropi utk menjalankan usaha yang sama - ini peluang baik. Sementara masing2 berkesedaran utk itu, lebih baik mulakan langkah pertama...agar langkah seterusya falls into places.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Puan

    Tergerak di hati saya untuk cari maklumat sejarah mengenai Kampung Temenggor dan Kampung Belum Lama. (Saya memang suka membaca dan suka cerita sejarah-sejarah juga).

    Encik Nazir pensyarah uitm puncak perdana kan, aaya rasa sebab sy pun pernah ambil subjek oral history utk subjek elektif sy dahulu

    ReplyDelete