Maklumat dari Pakcik Badaruddin:
Dalam kampong temenggor .banyak kampong2 kecil.ya itu dari atas hingga kebawah..1 kg terpa...2. Kg kalong..3..kg pangas..4.. Kg saied...5. Kg teras..6.kg boak..7.kg dulang..8.kg banggul nangka..9. Kg bukit...10. Kg telok bukit..11. Kg banggul setia.. 12. Kg telok tolan..13. Kg mekong..14 kg kertai...15. Kg pilin...16. Kg cueh..itu yang saya tahu...kalau ade ketinggala tolong tambah. Kamong nama diatas memang orang dudok sihingga pindah...
Ketua kampong yang saya tahu..1. Hj yahya bin che nik..2 hj abdullah.bin hj idris..di kg ganda...3 en mat zain bin che nas...4 en adnan bin jusi..5. En udin bin leman.dan 6 . en muhamat rapi bin mat zain..yang satahu..kalau ada lagi tolong tambah..
Sunday, March 15, 2015
Pengalaman budak 2 tahun
Sy dilahirkan 1974. Kami dipindahkan dari Kg Temenggor ke Kg Ganda 1976. Umur saya 2 tahun. Apalah yang dapat diingat oleh budak berumur 2 tahun, malah pengalaman sendiri, dan bayangan2 yang terhasil dari cerita2 mak, ayah, kakak2 bercampur2 dalam otak sy, tak dapat beza mana pengalaman saya sebenar, mana cerita yg sy dengar.
Apa yang saya tahu, sy dipindahkan dengan menaiki helikopter tentera. Teringat ada satu tentang sejarah Malaysia bertajuk ... terbitan arkib Negara yang sy terima sebagai hadiah ketika menghadiri majlis pelancaran buku, terdapat maklumat ringkas dan gambar ttg perpingahan itu -gambar helikopter yang sedang bersedia meneriam penumpang yang sedang beratur, antaranya, seorang ibu yang sedang mendukung anak seusia 2 tahun. Tergerak dihati "itukah saya?" (perasan sekejap!). Tak ada siapa dapat sahkan kerana ibu itu membelakangi kamera, wajahnya tak dapat dipastikan siapa. Masih ingat cerita mak kepada saya masa sy dah besar, sy menangis (teriak dlm bahasa Ganda) hampur sepanjang penerbangan. (Bangga juga kan, umur 2 tahun dah dapat rasa naik helikopter-penerbangan kehormat gitu). Malam2 di rumah baru yang diberikan kerajaan, sy asyik ajak mak balik "rumah kami sendiri"@ rumah di Kg Temengor, "Mak, jom la balik Mak, rumah ni banyak kemuncup" saya merayu... kemuncup yg sy maksudkan itu ialah selumbar dinding/lantai rumah kayu kami itu. Rumah no 77. Yang sy sendiri betul2 ingat, kawan saya namanya Wi @ Sapawi?(anak maklong ..., adik kak Munah). Watak K Munah juga adalah figura yang sy betul2 ingat kehadirannya. Saya tahu dia baik.
Lain2nya, saya menyimpan koleksi gambar2 Temengor, betul kata orang " A picture tells a thousand words". Dari gambar itu, sy dapat melihat kehidupan kami di sebuah kampung yg sangat permai. Air Kertai, Sungai Temengor yang banyak ikan kelah, sekolah, dan sebagainya, banyak gambar ayah yang dapat sy simpan sebab Ayah adalah guru agama di Sek Seb Temengor- ada gambar ayah sedang pilih/asingkan buku2 sekolah utk perpindahan, ayah dalam gambar hari penyampaian hadiah 1975, dan wajah ayah di setiap gambar rasmi kelas2. namanya gambar rasmi, ramai muridnya berkaki ayam- itulah istimewanya sek Temengor. Bukan kisah yang indah2 sahaya yg sy pernah dengar, ada kisah2 ketakutan, serangan komunis, kezaliman komunis yg kuat terpahat dikepala. Wp hanya dari cerita, saya dapat bayangkan ketakutan mak saya bila dia bercerita bila nampak cahaya api di hujung kampung, org kampung harus siap sedia utk lari dan sebagainya.
Satu kesalan sy yang tak sudah ialah saya tidak merakam sesi2 cerita2 temengor dari Tok Yah. tok Yah adalah Ketua kampung Temengor dalam satu tempaoh yg panjang, dialah yang ada kedai runcit, tokey, Dia ada gajah. Di kampumng Temengor, tiada kenderaan berebjin, tiada jalanraya. Pengankutan utama ke Gerik ialah bot, kenderaan darat ialah gajah. Org2 tertentu sahaja yg mampu miliki gajah, dan tok Yah ada gajah. Masa sy di zaman sek menengah dan zaman universiti, sy selalu minta tok yah ceritakan kisah2 Temengor bila saya balik bercuti di kampung, Dan tok yah dengan senang hati bercerita. Sy pula menjadi pendengar setia. kalau tetamu luar datang pun, mereka selalu bertanya dgn tok yah kisah2 temengor. Tok Yah memeng rajin bercerita dan dia byk pengalaman, maklumlah, penghulu kampung. Sayangnya, cerita2 tu sya tidak rekodkan, hanya rekod di kepala, yg lama2 pudar dan tak dapat dibaca lagi...Sedihh
Mak pun rajin juga bercerita hal Temengor..pun sy tak pernah rekod...Lepas ni saya mesti tya lagi dan rekodkan betul2. Kisah mak yang sangat tabah akan saya kesahkan satu hari nanti. Kekaguman sy terhadap mak yang kuat mendidik anak2nya 7 org perempuan sehingga berjaya- ada doktor perubatan, ada doktor falsafah , ada peguam, ada pensyarah, ada guru, ada doktor pakar. Menantunya pun hebat2 juga alhamdulilahh...
Seorang lagi yang suka mengenang dan bercerita hal Temengor ialah Abang Kob- Wan Mohd Abdullah Yaakob wan Senik, sepupu saya sebelah ayah. Sejak ayah meninggal di waktu saya Tingkatan 1 di SMAWP di Petaling Jaya, pada 1987, sejak itulah Abg Kob menjadi "ayah" saya. Abg Kob adalah satu2nya org yg paling byk berjasa menjaga kebajikan saya sepanjang saya belajar, sebab mak saya jauh di mata, tiada pula sebarang jalan komunikasi kecuali surat. Jadi, kalau saya hadapi sebarang masalah, Abang Koblah tempat sy mengadu. Dan dia melayan saya tanpa jemu. Pernah sy hanya mengadu x ada pen, dia terus datang ke asrama saya, bawa ke ofis dis (Rothmans Pall mall Msia di PJ ketika itu), nagi sy pen Rothman, beli buku2 tulis, dan hantar sy semula ke asrama, Bila sy dah bekerja , sy tahu nilai 'masa' yang dia terpaksa korbankan utk saya. Hal duit belanja, jgn cerita, dia sungguh pemurah, sebab tulah agaknya rezekinya juga sungguh murah. Anak Temengor yang sangat berjaya. Abg Kob selalu bercerita hal2 Temengor, dan matanya bersinar2 kalau sembang hal temengor..bahasanya pun terus jadi bahasa Temengor pekat. Genolah abg Kob ni...Sy banyak peluang dengar cerita Abg Kob sebab rumah dialah yang saya tuju bila cuti hujung bulan sepanjang sy sekolah/uni. Awal2, dia akan datang amik sy di asrama, dan hantar semula, dengan bekalan makanan yg banyak, yag sedap2, dan duit tentunya. bila sy dah pandai balik sendiri, saya pengi sendiri. Semua kenangan2 manis di rumah abg Kob, rumah org kaya, sy nikmati dgn bahagia. Sy bahagia ada masa2nya sy menjadi sebahagian keluarganya yang hebat. Sy bangga dgn fakta anak melayu yg berjaya masuk Harvard University itu, adalah anak saudara sy yg saya kenal rapat sejak kecil, malah kami selalu main game IQ sama2. Dlam kereta, sy mendengar soalan2 budak cerdik ni pada parentsnya- Why is the egg round? why is the yolk is in the white? semua soalan2 why..how, yg mencabar minda..itu masa umurnya belum masuk sekolah. Dan sy masih ingat masa parents nya tya apa dia nak jadi bila besar, jawapannya " I wanna be the bost in the bank" - bercita2 yang specific! - dan sy ingat kebahagiaan sy menikmati lampu2 jalan KL yang banyak, dari dalam kereta mewah A Kob, dan makan sedap2, dan tido dalam aircond yang sejuk, dgn selimut yang tebal!! Tak dapat dilupakan, pengalaman budak sekolah, budak kampung pedalaman, masuk bandar, bertuah dilayan baik oleh sepupu merangkap ayah. dan tentunya seorang lg yg sgt bejasa, isteri abg Kob, kak Julianah, yg sabar dgn kerenah sy yg agak macam2 juga kot. Sy selalu berdia dalam dia, sejak dulu, agar K Julianah dan abg Kob dilimpahi cahaya iman. Juga sy sgt berharap dan doakan Popoh dan Kongkong (mak ayah K Jualianah), adik beradik K Julianah, diberi hidayah Islam. Sy berharap sgt ayahnya mati selepas bersyahadah. Meraka orang baik2. Dan sy sungguh terkejut dan terharu bila satu hari beberapa tahun lepas, K Julianah memebritahu adik lelakinya telah memeluk Islam. Alhamdulillah. Moga hidayah ini terus berkembang.
Dengan Lafaz Bismillah
Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah saya mulakan post pertama blog ini, dengan harapan usaha kecil ini dapat memberi manfaat yang besar buat sejarah Malaysia amnya dan generasi terkini Kg Ganda Temengor khasnya, apabila satu hari nanti, buku sejarah Kg Temengor & Kg Ganda dapat diterbitkan. Semoga berjaya Insya Allah. Sy juga bercita2 menerbitkan glosari istilah bahasa kg temengor.
Angan2 untuk mengumpulkan bahan maklumat tersurat dan tersirat tentang kampung kami yang tercinta, telah lama tersemat di hati saya, namun perancangan teliti belum dapat dibuat dek kekangan masa dan tenaga. Lagi ditangguh, lagi rasa terhutang. Akhirnya sy menyuarakan hasrat kepada kawan pensyarah sy, En Nazir Ahmad yang mengajar subjek "Oral History" / Sejarah Lisan, dan beliau benawarkan untuk memberi tugasan projek oral history tersebut kepada beberapa org pelajarnya. Sy sungguh bersyukur. Lalu malam ini, sy mula kumpulkan maklumat melalui post facebook group tertutup - Anak Jati Air Ganda, dengan meminta ahli group menamakan cadangan nama orang lama di kg Ganda yang boleh bercerita tentang sejarah Temengor. Alhamdulillah, sambutan begitu menggalakkan- reply post dari Kandar pak Itam, Cikgu Yana, jai Mat Rani, Nazer Ayub Al-Haj (sapa org sebenarnya pun sy x pasti..hehe)mencadangkan nama2 berikut sebagai cadangan awal:
1. Tok Ketua Kampung (A Ropi), 2. Paklong Cheng, 3, Paklong Bada, 4. Cikgu Basri, 5. Pokcik Said 6. Pak Itam Yabit, 7. Paklong Jenal/ Maklang Munah 8. Abg Kob (Wan Mohd A Yaakob)9. Pak Long pak Makkir 10. Paksu Alias..
ramai dah ni pun... kalu dapat sorang atau dua dari setiap kg di Temengor ok dah - Nama2 Kg pun sy dah tak berapa ingat, yg masih ingat skrg - Kg Bukit, Kg Mekong, Kg Teras...
Ditakdirkan, dalam sy sebok merancang@ berangan baru2 ni, kali terakhir balik Kg, akak saya, Wan Rokiah, memberitahu hasrat Ketua Kg, Abg Ropi utk menjalankan usaha yang sama - ini peluang baik. Sementara masing2 berkesedaran utk itu, lebih baik mulakan langkah pertama...agar langkah seterusya falls into places.
Subscribe to:
Posts (Atom)